Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 January
2006 October
2006 July
2006 May
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


..hidup dan mati kerana tuhan..

Image hosted by Photobucket.com
RResponsibility
OOptimistic
HHonest
AAltruistic
NNaughty
IInfluential


.:fReNS:.
aDilA
f@te3N
tZ
0d@_c0m3y
r!ni3s
pJU$
Hab$aH
muNIE
a$maH
zUL


.:iNf0:.
uTM
beRiTa hARiaN
uTUsaN
haRIan mETr0
tHe sTAr
maLAy mAiL




Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com



anDai kAta kiTa mEncAri sESuatu Kepastian,
dEng@rlAh kaTa HaTi.
kAlau ti@da j@wAPan,
pEjaMkAnlaH m@tAmu dAn BaYaNgk@n iBubApamu. PaSti Kamu KeTEmU JaW@pan iTU


..a good teacher makes u think even u don't want to do..



JoM pLAY $uDoKu



wHEn w3 waKE uP iN tHe m0rNIng, wE hAve tW0 sIMpLE cHOices.
gO baCK tO $lEep aND dREAm, or waKE uP anD CHA$e tHOse dREAm$.
cHOic3 i$ yOUrs


Kemerdekaan ke-52
08.28.09 (3:23 pm)   [edit]

salam jumaat..

penghulu segala hari yang menamatkn hari-hari kerjaku..

Isnin nnti, 31 Ogos 2009, genaplah 52 tahun kemerdekaan Malaysia.. bakal disambut di dataran Parlimen dan hanya akan di adakan selamat 40 minit, bagi menghormati bulan mulia Ramadhan al-Mubarak juga kerana krisis kesihatan yang sedang kita hadapi sekarang, selsema babi. Tiada juga sambutan ambang merdeka seperti tahun-tahun sebelumnya. bagus lah begitu..

Hari ni masuk hari ke-7 Ramadhan, tonight, i'll back to hometown. Nak merasa puasa kat kampung sehari dua. Hujan pada bulan ni agak kerap, rezeki Ramadhan, biar sejuk Bumi kita.. Pagi tadi pun hujan, sudahnya smpai lambat di ofis. Puasa ni working hour 8.30am - 4.30pm, harapnya momentumku berterusan.haha..

Ok lah, kepada semua, selamat menyambut hari merdeka, jangan biarkan minda kita terus dijajah dengan perkara2 yang 'sempit'. Selamat berpuasa juga.

 

 

p/s: Kuharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna.

 

0 Comments
 
Choices of life
08.25.09 (5:28 pm)   [edit]

It’s have any choices?

 

Antara Semalam, Hari Ini dan Esok..

Semua nya telah kita lalui kecuali Esok, tapi kita sentiasa ada peluang untuk merancang apa yang perlu dilaksanakan pada Esok..

 

Benar atau tidak, itulah realitinya..  

 

 

 

p/s: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..Doakan yang terbaik untuk kehidupan kita Esok

0 Comments
 
Ramadhan Al-Mubarak
08.21.09 (1:47 pm)   [edit]

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa  umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan  hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah.

0 Comments
 
Khutbah Jumaat: Di ambang Ramadhan
08.14.09 (3:20 pm)   [edit]

di copy dari website jakim online..

Khutbah Jumaat 14 Ogos 2009

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang penuh berkat dan dalam masjid yang suci ini, marilah kita bersama-sama membina dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan soleh dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah " Di Ambang Ramadhan”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Di dalam al-Quran tidak menyebut bulan Muharram tetapi kita membuat sambutan meriah sambutan Maal Hijrah. Demikian juga dalam al-Quran tidak menyebut bulan Rabiul Awal tetapi umat Islam menyambut Maulidur Rasul dengan penuh kehebatan. Bagaimanapun Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan.

Firman Allah swt dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185:  
Maksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).."

Berdasarkan ayat ini maka jelas bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang perlu umat Islam mengejar mengambil kesempatan. Ketika mengulas kelebihan ini Rasulullah bersabda:
Mafhumnya: " Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berert telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.(Hadis Riwayat Ahmad).

Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian,
Kadang kala terdapat di kalangan kita mengamalkan ibadah puasa berpuluh puluh tahun atau berbelas belas tahun tetapi tidak berupaya membentuk insan soleh. Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW melalui sabdanya mengingatkan umat Islam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang mafhumnya:
"Terdapat umat Islam berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa kecuali sekadar lapar semata-mata. Betapa ramai orang bersolat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa melainkan sekadar berjaga malam semata-mata.”

Persoalan besar timbul ialah mengapa kita berpuasa, bersolat dan mengamalkan ibadat yang lain tetapi tidak dapat memenuhi standard piawaian yang ditetapkan Allah dan hukum syarak. Berdasarkan pemerhatian mimbar, keadaan ini berlaku kerana ibadah itu dibuat tanpa ilmu, tidak membuat persiapan teliti dan dibuat sekadar ikut-ikutan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam usaha untuk menyambut Ramadhan 9 hari lagi, maka mimbar ingin mencadangkan sidang jumaat dan umat Islam sekalian mengambil langkah berikut:

Pertama:   Membuat persediaan dari sudut ilmu. Kita perlu faham tentang selok belok hukum puasa, syarat-syarat sah dan batal puasa dan amalan-amalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan seperti membaca al-Quran, adab-adab beriktikaf dalam masjid, qiyamullail, sedekah dan lain-lain ibadah. Pemahaman yang jelas tentang puasa akan memberi kesan yang mendalam kepada diri seseorang.

Kedua:   & nbsp;    Mulai sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan rohani untuk menghadapi suasana Ramadhan yang secara intensif melatih umat-Nya mendekati Allah dan membentuk akhlak yang mulia.

Ketiga:     & nbsp;  Membuat persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan bagi memastikan tahap kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik akan menentukan kita boleh melaksanakan ibadah dengan sempurna. Oleh itu pastikan kualiti dan mutu makanan itu berzat, makan secara sederhana, persekitaran rumah yang bersih dan tidur yang cukup.

Keempat:  Kita perlu berjimat cermat dan amalan ini akan membolehkan kita melaksanakan zakat dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya.

Kelima:        Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menentukan ahli keluarga membuat persiapan teliti serta mewujudkan suasana keimanan seperti berjemaah solat fardu dan berjemaah tarawih di rumah atau di masjid.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai  renungan  jemaah dan umat Islam dalam mengukuhkan keimanan kepada Allah swt maka kita hayati firman Allah dalam surah al-Ankabuut ayat 58:
Maksudnya: " Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ".

 

 

p/s:  my niece birthday today.. Happy birthday Alang.. semoga sentiasa menjadi anak yang soleh kepada kedua orang tua mu.


 

2 Comments
 
Biar lagu menyampaikan
08.13.09 (2:55 pm)   [edit]

Cut and paste lagi..

kali ni lirik lagu la pulak..

 

Di Hati Membara Ini
Tersimpan Perasaan
Berpeluk Jauh Bayangan
Rindukan Kasihku
 
Runtuhnya Batas Kesabaran
Dihempas Badai Lalu
Terbuai Dalam Kerinduan
Terpegun Selalu
 
Kembalilah Kembalilah Padaku
Menerjang Gelombang Memulas Gelora
Kurindu Padamu
 
Kembalilah Kembalilah Padaku
Tunpangi Bahtera Terhembus Angin Deru
Labuhlah Di Hatiku

0 Comments
 
Banteras fenomena hina Islam, hapus duri dalam daging
08.12.09 (11:46 am)   [edit]

Salam..

Mingu-minggu yang malas untuk menulis dan memerah idea. dari dibiarkan blog ini bersawang, ada baiknya kita copy and paste information yang bagus untuk dikongsi. biar sama-sama merasa.

Copy form Rencana Utusan Malaysia, 12 Aug 2009

//--copy start--

APA yang tidak kena dengan Islam di negara ini hingga mencetuskan kritikan hingga sampai ke tahap menghina?

Adakah penganut Islam di negara ini menindas kaum dan agama lain? Atau ada paksaan ke atas kaum dan agama untuk menerima Islam?

Rasanya tidak. Sejak Islam mula bertapak di kepulauan Melayu ia tidak pernah dipaksakan ke atas sesiapa.

Di zaman penjajahan Inggeris, ketika Inggeris membawa masuk berbondong kaum lain dari negara asal mereka, Islam tidak pernah dipaksakan ke atas mereka.

Malah sejak dari dahulu mereka tidak pernah dihalang atau dilarang daripada mengamalkan apa juga agama, budaya dan adat resam yang dianuti.

Perkara itu berterusan hingga negara mencapai kemerdekaan dengan Islam menjadi agama rasmi Persekutuan.

Atas semangat kerjasama, toleransi dan saling hormat menghormati orang Islam menerima kehadiran bukan Islam sebagai bukan sahaja sebahagian daripada rakyat negara ini, tetapi juga sebagai jiran dan rakan.

Apabila ada penganut agama lain memeluk Islam semuanya dilakukan atas sifat sukarela dan kerana tertarik dengan ajaran agama ini. Langsung tidak ada paksaan.

Namun apabila ada pihak bukan Islam yang mula memberikan komen dan pandangan terhadap Islam, yang kebanyakannya lebih bersifat mengkritik dan menghentam maka sudah tentu ada timbul rasa kurang senang.

Walaupun setakat ini momentum tindakbalas yang diberikan terhadap komen-komen yang ada antaranya sampai ke tahap menghina itu masih rendah tetapi jika tidak dikawal ia boleh menjadi serius.

Setakat ini kritikan dan komen-komen biadap itu ada masih belum disahut dijawab. Tetapi ia tidak penganut Islam di negara ini tidak kisah.

Sebab itu kerajaan perlu bertindak segera menyekat individu tertentu daripada terus meniup angin kebencian terhadap orang Islam di negara ini.

Golongan yang sudah kehabisan idea dan menjadikan serangan terhadap Islam sebagai usaha mendapatkan sokongan politik tidak boleh dibiarkan membiak di negara ini.

Perlu diingat bahawa Malaysia dibina atas asas toleransi dan hormat menghormati antara agama dan kaum.

Itu merupakan resipi kepada kejayaan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini. Tidak ada kaum dan keturunan yang tertinggal.

Oleh itu jika kerajaan lambat bertindak, dibimbangi keamanan dan kesejahteraan yang dibina selama ini akan lenyap sekelip mata.

Kemungkinan itu boleh berlaku jika golongan berfikiran cetek dan dangkal yang menggunakan agama dan kaum sebagai modal kempen politik dibiarkan berleluasa.

Sebab itu kerajaan perlu menyiasat secara terperinci bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu mahupun kumpulan yang menghina Islam.

Golongan ini adalah duri dalam daging dan gunting dalam lipatan kepada keamanan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Mereka tidak boleh dibiarkan berterusan menghina dan menginjak Islam kerana kesannya pasti

Ini bukan soal mempertahankan Melayu dan Islam. Tetapi untuk mempertahankan kepentingan semua. Jika sesuatu yang buruk berlaku sudah pasti kesan akan dirasai semua tidak kira sama mereka Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam.

Sebab itu pihak berkuasa perlu bertindak menyiasat dan mengesan golongan menghina Islam ini demi kepentingan rakyat negara ini secara keseluruhannya.

//---copy end---

p/s: jangan biarkan pertalian saudara kita putus hanya kerana terdapat jurang persepsi yang sempit

0 Comments
 
Bagaimana Ingin Menjadi Matang
08.11.09 (7:07 pm)   [edit]

Salam..

Sedang aku m'explore website iluvislam.com tadi, ada la masuk ke ruang perbincangan mengenai "Bagaimana Ingin Menjadi Matang". cume komen semata-mata. harap member iluvislam.com tak marah.

Maka di sini, tanpa banyak kata-kata sendiri.. aku pastekan komen-komen dari member iluvislam.com, hanya yang terpilih sahaja.


//---komen bermula--------------&nbs p;salam..

bila kita di kenhendaki menyelesai masalah..insyAllah cara kita berfikir tu akan buat kita matang..

juz take the flow of your wonderful life..telah diciptakan keistimewaan kehidupan setiap org tu..nanti kamu akan tiba stage2 yang memerlukan kamu jadi matang..dun worry k...
1- Banyakkan baca buku2 or novel2 kehidupan..
2- Banyakkan menungan tentang manusia..
3- Teliti kepelbagaian manusia bertindak dan respon..
4- Ramaikan kawan..
5- Tidak kedekut ntuk menjadi seorang pendengar..
6- Amik mashalat masa lalu dan orang lain ntuk teladan kita di masa depan..
7- Jadikan dunia ini sekolah..

I was thinking, dengan beriktikaf di dalam masjid kita dapat mencegah dari melakukan perkara yg sia2 yg menumpulkan akal. Dalam masa yg sama, kita dapat meluangkan masa memuhasabah tindakan/amalan, menginsafi dosa2 yg lalu dll. Perkara2 sedemikian boleh mematangkan fikiran.

ape nk susah...kt masjidkn ramai org tue(org mude ntah kemane)..bile kite selalu k masjid kite mula bergaul ngn mereka dan pasti kite akan kematangan dan bersikap dewasa... bergaul dgn org yg matang kita jua akan matang...
fakkir Awwal di situ, setiap perkara pasti ada hikmah, jgn terlalu berfikiran khusus or kemodenan...

mmm nak jadi matang erk...
pada endapat saye la...
kalu nak jadi matang kite kene melalui banyak penerokaan,
dengan ini pelbagai pengalaman yang kita akan perolehi.
pengalaman yang kita perolehi inilah yang dapat memberi sesuatu pemikitran yang baru.
insyallah kita boleh menjadi matang. selain itu, banyak bergaul dengan orang yang labih dewasa / tua dari kita.

hahahha jangan dikejar, ia akan datang sendiri

Jadilah orang yang sabar sebelum hendak menjadi orang yang matang.
Kerana matang itu datang daripada kesabaran.

biasanya manusia akan matang bila banyak tanggujawab

'pengalaman hidup mengajar kita erti kematangan'....

untuk matang bermula dengan menempuh kesusahan..dengan kesusahan seseorang matang dalam menempuh cabaran dan tak mudah melatah

matang apabila kite dpt berfikir dgn logik tntg sesuatu perkara.... 

pada pendapat aku..
matang terletak pada cara pemikiran tapi bukan pada pesonaliti somone..
so, kalau nak lebih matang...perlulah berfikiran rasional..
dan kalo nak jadik matang gak bukan je kene tempuhi dugaan2 yg mematangkan..malah berjaya mengatasi segala dugaan dan cabaran dalam hidup..
if tak berjaye menghadapi pon..ambil iktibar di atas kesilapan2 kite..
so, dari luasnye pengalaman yg kite tempuhi akan mematangkan kite..
selain tu,care pemikiran kite perlulah lebih 'luas' lagi..
sebb seseorg yg matang tuh tak pernah menumpukan pade satu pendapat sahaje..
dan org yg matang adalah org yg bijak menilai sesuatu..
bukan atas dasar luaran tapi dalaman..

sentiasa berfikiran positive, terbuka, dan menerima kritikan,teguran serta nasihat dari orang lain..
bergaul dengan sesape saje especially orang yang lebih tua dari kita..
tidak membuang masa dengan melakukan kerja yang tak berfaedah...
sentiasa senang diajak berbincang dan memberikan pendapat yang berkualiti...

bila berfikir tentang masa depan n kehidupan,tiba2 rasa matang

klu nak jdi matang:

mesti lebih pendiam,
selalu memerhatikan org yg baik dan mencontohinya,
selalu berfikir tentang kejadian ALLAH,
mengingati bahwa hidup ini singkat, xde masa nak main2,
dan yg last sekali yg mest xleh tinggal......
banyakkan membaca AL-Quran, dan beribadah.

//-------komen tamat---------

p/s: 'pengalaman hidup mengajar kita erti kematangan'....

5 Comments
 
..da best tin in da world is urself n da baD tin in da world is also urself..




to know me!!!
let's check it out..

rohani mat ali
DOB : 6 september 1984
hometown : ketereh, kota bharu, klate
location : putrajaya
contact: ruh_angle@yahoo.com
my love : mom,dad, my famili n frens
pria terhebat : my dad 4eva






kAlaU pERbuaTan y@ng bAIk iTU meNYenanGkAn hATimu dAN y@ng jaHat iTU merE$ahkAn hAtImU, mAKa iA aDAlaH taNDa-tANda bAH@wa kAmu sE0raNG muKMin




s@yaNgiLaH sEbuAh pERken@lan kRn dSitU aD@ kENanGaN,
KenANgi $eBUaH pERhuBunGan krN d$iTU aDa kEriNDua@n.
$ay@nGi kEdUA-dUAnYa, kRN i@ rAhmaT TUHAN



pErs@habaTAN Ad@laH aNugErah, mEmbuat Kit@ teRtawA, menAngi$, mEneRima, meMBEri, yANg pAlinG PENTING I@ meMBuAT kITA MENgHArGAi



.:j0M sEMbaNg:.






.:: LIRik pILiH@n ::.

tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi

kuharap sinar menerang kabus
agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi

gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali

menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi
terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi

kupujuk diriku tidak menyesali
pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti

gerimis tiba dihujungnya
sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita di dunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba