Mencari satu malam istimewa


Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 January
2006 October
2006 July
2006 May
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


..hidup dan mati kerana tuhan..

Image hosted by Photobucket.com
RResponsibility
OOptimistic
HHonest
AAltruistic
NNaughty
IInfluential


.:fReNS:.
aDilA
f@te3N
tZ
0d@_c0m3y
r!ni3s
pJU$
Hab$aH
muNIE
a$maH
zUL


.:iNf0:.
uTM
beRiTa hARiaN
uTUsaN
haRIan mETr0
tHe sTAr
maLAy mAiL




Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com



anDai kAta kiTa mEncAri sESuatu Kepastian,
dEng@rlAh kaTa HaTi.
kAlau ti@da j@wAPan,
pEjaMkAnlaH m@tAmu dAn BaYaNgk@n iBubApamu. PaSti Kamu KeTEmU JaW@pan iTU


..a good teacher makes u think even u don't want to do..



JoM pLAY $uDoKu



wHEn w3 waKE uP iN tHe m0rNIng, wE hAve tW0 sIMpLE cHOices.
gO baCK tO $lEep aND dREAm, or waKE uP anD CHA$e tHOse dREAm$.
cHOic3 i$ yOUrs


Mencari satu malam istimewa
10.02.07 (1:20 pm)   [edit]

Satu malam yang telah dijanjikan oleh Allah SWT, yg khasiatnya melebihi seribu bulan..

MALAM LAILATULQADAR 

Maksud Firman Allah: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) saat lailatulqadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah lailatulqadar itu? Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Al-Qadr: 1-5).

Lantaran itu, dalam riuh menangani segala kesibukan wajar juga kita memberi ruang kepada diri untuk mencari sedikit kedamaian jiwa. Kedamaian yang unik dan hanya terdapat pada setiap bulan Ramadan. Pengertian ini didasarkan kepada mafhum hadis yang menyebut: Nabi s.a.w. ditanya tentang lailatulqadar, baginda menjawab, lailatulqadar ada pada setiap bulan Ramadan. (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sesuai dengan rahmat yang besar di malam lailatulqadar, maka pastilah wujud cabaran dan kepayahan untuk menemuinya. Apakah kita boleh mencari dan menentukan bilakah malam lailatulqadar akan berlaku? Dalam perkara ini para ulama berselisih pendapat mengenainya. Dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyebut lailatulqadar dan secara khusus dalam surah al-Qadar. Ia dikaitkan dengan peristiwa al-Quran yang diturunkan dalam bulan Ramadan.

Pandangan Hasan al-Basri menyatakan bahawa lailatulqadar berlaku pada malam ke-17. Ini kerana beliau menyesuaikan dengan peristiwa Perang Badar yang berlaku pada tempoh tersebut. Ibnu Abbas pula berpendapat lailatulqadar berlaku pada malam ke-23. Ibnu Mas‘ud menyatakan pada malam ke-24. Abu Zar al-Ghafari menyatakan pada malam ke-25. Sekumpulan ulama dari sahabat menyatakan lailatulqadar berlaku pada malam ke-27 dan ke-29. Malam ke-27 dipilih kerana sempena bilangan tujuh iaitu tujuh lapisan langit dan bumi, dan seminggu mempunyai tujuh hari dan begitu juga tawaf sebanyak tujuh kali.

Dalam sebuah hadis pula menggesa agar umat Islam yang hendak menemui lailatulqadar supaya mencarinya pada tujuh malam terakhir Ramadan. Baginda Rasulullah s.a.w. terus beriktikaf sejak sepuluh terakhir Ramadan.

Dalam sebuah hadis dari Siti Aisyah riwayat Imam Al-Bukhari, Nabi s.a.w. memerintahkan: Carilah lailatulqadar itu pada tanggal-tanggal dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan.

Menurut riwayat Imam Muslim dijelaskan bahwa Nabi s.a.w. jika memasuki sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan baginda meningkatkan kegiatannya, menghidupkan malamnya dengan mengurangi tidur dan membangunkan keluarganya. Malah baginda beriktikaf di masjid selama sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.

Tentulah ada hikmahnya kenapa malam lailatulqadar tidak dinyatakan tempoh berlakunya dengan tepat. Rahsianya supaya hamba-Nya beribadat dan memuliakan keseluruhan malam bulan Ramadan dengan tidak memilih malam-malam tertentu. Secara terselindung ia merupakan satu kaedah motivasi kepada umat Islam untuk rajin bekerja dan beribadah, seperti diperintahkan Allah: Apabila kamu telah selesai dari satu urusan maka carilah urusan yang lain.(Al-Insyirah:7)

Keutamaan dan berkat lailatulqadar dapat difahami berdasarkan sabda Nabi s.a.w bermaksud: Barang siapa yang melaksanakan solat qiyamu Ramadan (solat tarawih) pada malam lailatulqadar dengan dasar iman dan mengharap reda Allah, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu. (Al-Bukhari)

Malah Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, “Apabila datang lailatulqadar, Malaikat Jibril bersama malaikat lainnya turun ke bumi mendoakan kepada setiap hamba yang berzikir dan berdoa. Allah menyatakan kepada para malaikat bahawa Allah akan memenuhi doanya. Allah berfirman: Pulanglah kamu sekalian, Aku telah mengampuni dosa kalian dan Aku telah mengganti kejelekan dengan kebaikan.” Maka mereka pulang dan telah mendapatkan ampunan-Nya. (Al-Baihaqi dari Anas bin Malik)

Siti Aisyah pernah bertanya kepada Nabi s.a.w tentang doa yang sebaik-baiknya dibaca jika bertemu dengan lailatulqadar, Nabi s.a.w menyuruhnya membaca: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai sifat pemaaf, maka maafkanlah segala dosa hamba-Mu ini.

p/s: bersama2lah kita berusaha supaya satu malam yg indah ini milik kita.. 

0 Comments
 
Your Name:


Your Comment:


..da best tin in da world is urself n da baD tin in da world is also urself..




to know me!!!
let's check it out..

rohani mat ali
DOB : 6 september 1984
hometown : ketereh, kota bharu, klate
location : putrajaya
contact: ruh_angle@yahoo.com
my love : mom,dad, my famili n frens
pria terhebat : my dad 4eva






kAlaU pERbuaTan y@ng bAIk iTU meNYenanGkAn hATimu dAN y@ng jaHat iTU merE$ahkAn hAtImU, mAKa iA aDAlaH taNDa-tANda bAH@wa kAmu sE0raNG muKMin




s@yaNgiLaH sEbuAh pERken@lan kRn dSitU aD@ kENanGaN,
KenANgi $eBUaH pERhuBunGan krN d$iTU aDa kEriNDua@n.
$ay@nGi kEdUA-dUAnYa, kRN i@ rAhmaT TUHAN



pErs@habaTAN Ad@laH aNugErah, mEmbuat Kit@ teRtawA, menAngi$, mEneRima, meMBEri, yANg pAlinG PENTING I@ meMBuAT kITA MENgHArGAi



.:j0M sEMbaNg:.






.:: LIRik pILiH@n ::.

tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi

kuharap sinar menerang kabus
agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi

gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali

menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi
terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi

kupujuk diriku tidak menyesali
pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti

gerimis tiba dihujungnya
sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita di dunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba