Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 January
2006 October
2006 July
2006 May
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


..hidup dan mati kerana tuhan..

Image hosted by Photobucket.com
RResponsibility
OOptimistic
HHonest
AAltruistic
NNaughty
IInfluential


.:fReNS:.
aDilA
f@te3N
tZ
0d@_c0m3y
r!ni3s
pJU$
Hab$aH
muNIE
a$maH
zUL


.:iNf0:.
uTM
beRiTa hARiaN
uTUsaN
haRIan mETr0
tHe sTAr
maLAy mAiL




Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com



anDai kAta kiTa mEncAri sESuatu Kepastian,
dEng@rlAh kaTa HaTi.
kAlau ti@da j@wAPan,
pEjaMkAnlaH m@tAmu dAn BaYaNgk@n iBubApamu. PaSti Kamu KeTEmU JaW@pan iTU


..a good teacher makes u think even u don't want to do..



JoM pLAY $uDoKu



wHEn w3 waKE uP iN tHe m0rNIng, wE hAve tW0 sIMpLE cHOices.
gO baCK tO $lEep aND dREAm, or waKE uP anD CHA$e tHOse dREAm$.
cHOic3 i$ yOUrs


New Status
10.27.09 (12:58 pm)   [edit]

Salam..

come with:

1. new status...

2. new place...

3. new post...

 

 

 

next time la tulis pnjang2..

 

daa..

Assalamualaikum.. 

 

 

 

0 Comments
 
Final Episode, Next.. New Life
09.18.09 (1:17 pm)   [edit]

salam hari jumaat, salam ramadhan al-mubarak.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sementara menungu detik-detik terakhir berlalu, ku titipkan sebuah penghargaan kepada semua yang terlibat dalam episod kali ini.. Kepada Mr Senior (you know who you are), terima kasih bebanyak di atas semua tunjuk ajar, kesabaran melayan karenahku yang pelbagai, sanggup b'ulangkali mengajar perkara yang sama.. terima kasih segalanya. Maafkan segala kesalahanku, emosiku yang jarang terkawal, amarahku yang kadangnya terpias melewati pembahagi, Sorry yer senior.. Kepada yang lain, yang mengempakkan ruangan kerja kita, best la you all semua.. Wish you best of all.. good luck semua. Terima kasih kepada semua kegembiraan yang pernah ku kecapi sepanjang tempoh ini.. Thank to All.. Thank for the knowledge, thank for the experience.. 

Nekadku telah dibulatkan, seiring hajat Bunda tercapai, doaku dimakbulkan Tuhan.. Hadiah Ramadhanku yang paling bermakna, hadiah ulang tahunku yang paling indah, Hadiah Aidilfitriku, yang cukup bererti dan paling penting, mungkin inilah juga Hadiah Masa Depanku.. Segalanya ku terima. Alhamdulillah Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim..

 

p/s: sama-sama menjejak mimpi, sama-sama gunung didaki..

 

2 Comments
 
rindu padamu ayahku
09.15.09 (4:41 pm)   [edit]

First time dengar this song.. from mawi

Ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti
kejayaan ini

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
Tak dapatku membalas jasamu
di dunia ini

Di pagi raya
kupohonkan kemaafan
keinsafan
Ku doakan agar rohmu
Dicucuri rahmat Ilahi
Oh Ayah...

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku tetap redha
apa yang mendatang

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merindui mu

 

p/s: saat jiwa kacau, ia tetap mgusik lubuk hatiku.. aku sayang rindu kamu, ayah tercinta

0 Comments
 
kusut + serabut = diam
09.15.09 (2:45 pm)   [edit]
 Ya Allah, Permudahkanlah Urusan Rohani
0 Comments
 
Antara hari ini dan semalam
09.09.09 (11:23 am)   [edit]

Thank honey for the roses and card..

Ahad lepas,  Sept 6, 2009.. genap lah usia ku 25 tahun..hah?!! dh 25? hmm sambutan jubli perak ni.. yeay..dh cukup dewasa dah rupanya diriku.. InsyaAllah, aku akan jadi lebih matang dalam berfikiran, lebih bijak dalam melalui perjalanan hidup, lebih tabah menghadapi cabaran masa depan.. mungkin juga tidak akan terlalu emosi dalam sesetengah perkara.. Tapi bagaimana mungkin aku tidak b’emosi  melampau andai itu adalah ketidaksempurnaan yang di buat2.. tolong ya, perkara yang dibuat2 itulah mungkin akan menjadi dan menjadi tabiat kita..huh..membebel la pulak..

Kepada kawan2 yang sentiasa kuhargai, terima kasih di atas ucapan anda.. sama2 lah kita terus maju, berjaya dunia dan akhirat. Amin..

Hari ni, 9 Sept.. Malaysia mengishtiharkan hari ini sebagai Hari Radio Malaysia.. sebagai pendengar setia radio, di sini saya mengucapkan Selamat Hari Radio. Malaysia juga merupakan Negara ke-3 yang meraikan hari radio di dunia.

Hari ini jgk, after 3 years almost, we lost contact after kenal tahun 2003, semalam aku message dia nak mintak address, finally she reply with question.huhu..

She: Haloo..ni rohani mana ni? Ada antar msj kat shida ni..

(Hoho.. rupanya she already lost my contact number.. )

Me: Salam (ada salam la sebab reply lambat, waktu sahur dia mesej malam.huhu). Xpelah kalo shida dh lupa..(uwek..buat2 merajuk pulak, shida xheran pun..)myb sbb kite lama xcntact. Rohani, dak matrik kulim, kenal kt hospital kulim 2003. (ringkas dan padat dariku..)

She: Tu la, shida rasa2 mcm shida kenal.Mana buleh shida lupa kat ani…..bla..bla..bla..

 

Kesimpulan, kurangkan kekerapan membeli telefon terkini, jaga telefon anda sebaiknya, jangan biarkan ianya hilang atau dicuri, paling penting, kurangkan kekerapan menukar nombor telefon (walaupun simkad sekarang murah), kalau pun anda terdesak inginkan nombor baru, khabarkan kepada kawan2 nombor baru anda supaya kita kekal keep in touch, not touch and go.huhu..

 

p/s: kurangkan kekurangan, lebihkan kelebihan.. baru lah cun..

0 Comments
 
Khutbah Jumaat - NUZUL AL-QURAN MENGUBAH SIKAP MUSLIM
09.07.09 (10:49 am)   [edit]

Copy dari Jakim Online, paste dlm blog lewat dari tarikh sebenar

“NUZUL AL-QURAN MENGUBAH SIKAP MUSLIM”
04 SEPTEMBER 2009 / 14 RAMADHAN 1430H

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Hari ini hari ke 14 Ramadhan dan 3 hari lagi iaitu 17 Ramadhan kita menyambut Nuzul Quran. Sempena sambutan Nuzul Quran ini, marilah kita bersama-sama tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT melalui puasa Ramadhan ini serta melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya, sesungguhnya orang yang paling baik di sisi tuhan ialah orang yang paling bertaqwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah “ Nuzul al-Quran Mengubah Sikap Muslim ”.

Sidang Jumaat yang dirahmati,
Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadhan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri. Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu mengubah sikap manusia kepada sesuatu yang baik dalam hidup mereka. Sayidina Umar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Umar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha. Umar menjadi seorang Muslim yang amat bertakwa dan yakin dengan Islam. Umar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal. Umat Islam yang soleh seperti Saidina Umar dan umat Islam akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

Sidang Jumaat yang dirahmati,
Mimbar ingin menegaskan bahawa tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi surah Fatiir ayat 32: Maksud: “Kemudian Kami wariskan Al-Qur'an itu kepada orang yang Kami pilih dari kalangan hamba Kami; maka di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan ada yang mendahului dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah.”

Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan al-Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun) sedangkan penganut agama lain menolak kebenaran al-Quran secara mutlak. Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:
Pertama :   Golongan yang menganiayai diri mereka sendiri iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidak membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramal dengan perintah Allah di dalamnya.
Kedua :       Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.
Ketiga :       Golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti tekun solat, tidak minum arak, tidak berzina dan tidak menderhaka kepada Allah kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.
Kini terserah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara ketiga-tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas.

Sidang Jumaat yang dirahmati,
Mimbar suka mengingatkan bahawa sesungguhnya peluang untuk membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah kewajipan umat Islam sendiri. Orang bukan Islam tidak akan membaca al-Quran melainkan mereka hendak mendekati dan memahami Islam.

Persoalan besar di sini ialah apakah jawapan kita apabila Allah melontarkan soalan kepada Muslim yang membaca al-Quran seperti di dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran:
Maksudnya : Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Qur'an), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w.)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).

Ayat ini menunjukkan kepada kita terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Sunnah berada di sisinya. Ini adalah disebabkan mereka tidak dapat menerima petunjuk Allah, justeru mereka ingkar kepada ayat Allah akan menjadi kafir.

Sesungguhnya Allah SWT memberikan penghormatan kepada kita sebagai manusia dengan kemuliaan-Nya, agar kita menjadi golongan yang mulia. Salah satu pendekatan yang mengangkat martabat umat ini ialah dengan mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh. Oleh itu, mimbar menyeru semua pihak di dalam keberkatan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengambil manfaat untuk meningkatkan ketakwaan dan mengubah segala kelakuan buruk kita ke arah yang lebih diredhai Allah s.w.t.Maksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh dinaikkannya.” (surah Faatir : 10)

p/s: Ayat-ayat al-Quran tidak dapat dipaste bersama kerana tblog tdk meyediakan Arabic font

0 Comments
 
Kemerdekaan ke-52
08.28.09 (3:23 pm)   [edit]

salam jumaat..

penghulu segala hari yang menamatkn hari-hari kerjaku..

Isnin nnti, 31 Ogos 2009, genaplah 52 tahun kemerdekaan Malaysia.. bakal disambut di dataran Parlimen dan hanya akan di adakan selamat 40 minit, bagi menghormati bulan mulia Ramadhan al-Mubarak juga kerana krisis kesihatan yang sedang kita hadapi sekarang, selsema babi. Tiada juga sambutan ambang merdeka seperti tahun-tahun sebelumnya. bagus lah begitu..

Hari ni masuk hari ke-7 Ramadhan, tonight, i'll back to hometown. Nak merasa puasa kat kampung sehari dua. Hujan pada bulan ni agak kerap, rezeki Ramadhan, biar sejuk Bumi kita.. Pagi tadi pun hujan, sudahnya smpai lambat di ofis. Puasa ni working hour 8.30am - 4.30pm, harapnya momentumku berterusan.haha..

Ok lah, kepada semua, selamat menyambut hari merdeka, jangan biarkan minda kita terus dijajah dengan perkara2 yang 'sempit'. Selamat berpuasa juga.

 

 

p/s: Kuharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna.

 

0 Comments
 
Choices of life
08.25.09 (5:28 pm)   [edit]

It’s have any choices?

 

Antara Semalam, Hari Ini dan Esok..

Semua nya telah kita lalui kecuali Esok, tapi kita sentiasa ada peluang untuk merancang apa yang perlu dilaksanakan pada Esok..

 

Benar atau tidak, itulah realitinya..  

 

 

 

p/s: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..Doakan yang terbaik untuk kehidupan kita Esok

0 Comments
 
..da best tin in da world is urself n da baD tin in da world is also urself..




to know me!!!
let's check it out..

rohani mat ali
DOB : 6 september 1984
hometown : ketereh, kota bharu, klate
location : putrajaya
contact: ruh_angle@yahoo.com
my love : mom,dad, my famili n frens
pria terhebat : my dad 4eva






kAlaU pERbuaTan y@ng bAIk iTU meNYenanGkAn hATimu dAN y@ng jaHat iTU merE$ahkAn hAtImU, mAKa iA aDAlaH taNDa-tANda bAH@wa kAmu sE0raNG muKMin




s@yaNgiLaH sEbuAh pERken@lan kRn dSitU aD@ kENanGaN,
KenANgi $eBUaH pERhuBunGan krN d$iTU aDa kEriNDua@n.
$ay@nGi kEdUA-dUAnYa, kRN i@ rAhmaT TUHAN



pErs@habaTAN Ad@laH aNugErah, mEmbuat Kit@ teRtawA, menAngi$, mEneRima, meMBEri, yANg pAlinG PENTING I@ meMBuAT kITA MENgHArGAi



.:j0M sEMbaNg:.






.:: LIRik pILiH@n ::.

tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi

kuharap sinar menerang kabus
agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi

gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali

menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi
terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi

kupujuk diriku tidak menyesali
pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti

gerimis tiba dihujungnya
sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita di dunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba